Sejarah ITP

Reformasi Pilihanraya Umum Ke – 14, negara Malaysia mengalami satu revolusi peralihan baru bagi seluruh negeri. Perubahan ini juga tidak terkecuali untuk Negeri Melaka dimana penubuhan Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) (yang ditubuhkan pada 1 Jun 1994)  bakal dijenamakan semula dengan nama INSTITUT TUN PERAK atau singkatannya ITP.

Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) yang telah bersidang pada 23 Mei 2018 menetapkan bahawa INSTITUT TUN PERAK akan melaksanakan peranan sebagai Panel Pemikir kluster dasar Ekonomi, Sosial serta Politik secara menyeluruh dari pelbagai sudut dan pandangan serta idea para cendiakawan dan tokoh – tokoh dari pelbagai cabang bidang dan disiplin ilmu. Transformasi ITP kini, dilihat lebih segar dengan mengetengahkan eleman yang boleh menyuntik pembaharuan baru seiring frasa perubahan negara pada hari ini.

Inisiatif Kerajaan Negeri Melaka memperkasakan Institut Tun Perak dilihat dari sudut pandangan untuk masa akan datang agar dapat memperkukuhkan dan menetapkan indikator untuk jangka masa panjang ke arah pembangunan negeri yang lebih yang holistik dan mapan.