Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

gambar ceo baru

Saya mengucapkan terima kasih di atas amanah perlantikan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Melaka kepada saya untuk menerajui  INSTITUT TUN PERAK (yang dahulunya dikenali dengan nama Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia). Besar harapan saya, agar ITP dan warga kerja ITP dapat bersama Рsama untuk memperluaskan skop. aktiviti dan peranannya sebagai sebuah institusi pemikir bagi Negeri Melaka.

Dengan adanya, pembangunan wajah baru LAMAN WEB INSTITUT TUN PERAK ini, akan manjadi satu jaringan komunikasi maya antara warga ITP dengan masyarakat luar untuk sama berkongsi informasi, perkara dan peristiwa terkini tentang keterlibatan seluruh cendiakawan dan tokoh dalam berbagai bidang untuk memberi idea ke arah memperkukuhkan pembangunan kluster negeri Melaka pada tahap yang konsisten dan terbaik.

Salam Melaka Berwibawa.

ZAIPUL ANWAR BIN ZAINU
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Tun Perak (ITP)