Penerbitan

Melalui IKSEP (terdahulu), penerbitan buku telah mencapai sebanyak 64 judul. Kini, Institut Tun Perak akan meneruskan terbitan – terbitan terbaru dengan kluster dan bidang yang lebih luas selaras dengan objektif penjenamaan semula institut ini dalam mengorak langkah menerbitkan buku – buku yang boleh mendorong masyarakat dan pembaca untuk menghayati budaya ilmu membaca. Secara tidak langsung, Institut Tun Perak dapat membantu kerajaan negeri mahupun Malaysia mendidik anak bangsa  ke arah masa depan yang lebih gemilang. Institut Tun Perak juga akan meneruskan penerbitan Buletin ITP yang diterbitkan setahun sekali. 

Slide5-2

DOKUMENTASI

Bertujuan  sebagai  pusat  rujukan  atau center point  bagi  mendapatkan bahan – bahan  berkaitan  buku, kertas kerja, jurnal, artikel  atau maklumat berkaitan sejarah Melaka meliputi skop yang lebih diperluaskan lagi dalam bidang Ekonomi, Politik, Sosial, Sains dan Teknologi.