ITP menerokai peluang – peluang baharu Industri 4.0 : Pertemuan bersama CEO Blockchain Academy, CEO Blockchain Developer, Managing Director Tradebound dan CEO Melaka Sentral bersama CEO Institut Tun Perak, Zaipul Anwar

Negeri Melaka merupakan negeri yang paling aktif dalam aktiviti pelancongan, pembangunan dan pelaburan. Malah, Internet Of Things (IOT) atau Internet Segalanya adalah pemangkin dalam melonjakkan pembangunan negeri Melaka yang kini ke arah pembangunan Melaka Green City dan Melaka Berteknologi. Justeru, revolusi dalam Industri 4.0 yang semakin hari menular di seluruh negara membangun, telah memberi idea kepada Institut Tun Perak, sebagai institusi pemikir untuk Negeri Melaka mencari peluang – peluang baharu yang perlu di terokai bersama Kerajaan Negeri seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar.

Semoga kerjasama ini akan dimudahkan melalui penyelidikan dan kajian yang pasti akan dilakukan secara bersama dengan industri – industri yang terlibat.

Write a comment