Sesi Diskusi – Kedudukan Serta Cabaran Kuil-Kuil di Melaka.

Pada 8 Mac 2019, CEO ITP  telah dijemput untuk bersama – sama dalam perbincangan awal mengenai Penyelidikan Kedudukan Serta Cabaran Kuil-Kuil di Melaka. Turut hadir sama Pengerusinya dan sebahagian Jawatankuasa pertubuhan tersebut.

Antara intipati perbincangan merangkumi :

  1. Pelbagai cabaran serta kepelbagaian fahaman dan ‘mazhab’ yang terdapat di kuil-kuil ini adalah sangat kompleks dan mencabar.
  2. Bagaimana kaedah untuk memastikan serta mendaftarkan kuil-kuil di Melaka ini bagi mengelakkan insiden seperti di Kuil Sri Maha Mariamman tidak akan berlaku lagi

Institut Tun Perak akan bersama dengan Jawatankuasa tersebut bagi membantu Kerajaan Negeri Melaka memahami isu-isu yang di hadapi oleh Kaum India dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Kaum India. Mudah-mudahan segala usaha dan kajian yang akan datang ini di permudahkan.

Write a comment