Inisiatif Institut Tun Perak (ITP) dalam menganjurkan program secara bersiri dan berterusan – Kursus Pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat dan Sistem Berkomputer Yang Berkesan (SEPAKAT) bagi memudahkan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Kursus yang dianjurkan ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka yang ingin menjadikan Negeri Melaka sebagai sebuah Negeri Pintar dan Berteknologi dalam segala aspek pengurusan dan pentadbiran.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memastikan yang setiap aduan dan pandangan atau pendapat dari kalangan rakyat/masyarakat dapat diuruskan dan ditadbir dengan sebaik mungkin terutama di Pusat Khidmat Masyarakat. Ini amat penting bahawa setiap aduan dapat disampaikan kepada pentadbir negeri dengan lebih tersusun, efisyen, teratur dan bersistematik supaya setiap tindakan dapat diambil dengan pantas dan dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Sistem yang berasaskan kepada “Monitoring System” dan “ Reporting System” ini  adalah sebahagian satu perkhidmatan dan bantuan kepada penduduk disamping berfungsi sebagai interface/antaramuka kepada Sistem Pengurusan di peringkat Kerajaan.

Untuk sebarang pertanyaan atau yang ingin menghadiri serta mengikuti Kursus SEPAKAT ini boleh menghubungi
En. Irwan atau En. Fairuz di talian 06 – 317 4475.

Untuk maklumat lanjut mengenai modul Sistem SEPAKAT boleh layari “E-Learning Institut Tun Perak.”

Write a comment