Kunjung hormat CEO Institut Tun Perak kepada TYDP YADIM, Ustaz Zolkharnain Abidin – Perbincangan pelaksanaan program secara bersama ITP dan YADIM

Pihak ITP melalui Encik Zaipul Anwar selaku CEO telah mengadakan kunjung hormat di YADIM pada 8 Mac 2019. Intipati perbincangan tersebut adalah pelaksanaan dan penganjuran program berteraskan pembinaan modal insan yang dinamik dan bersatu terutama dalam kalangan generasi muda. Semoga jalinan kerjasama ITP dan YADIM ini akan memberi kejayaan pembangunan modal insan di Malaysia khasnya di Negeri Melaka  dan di masa akan datang.

Write a comment