Program Bicara Eksekutif Hubungan Politik Dan Pegawai Kerajaan

Program ini merupakan satu program diskusi secara dua hala yang diadakan secara bersiri/jelajah disetiap negeri. Program berkonsepkan ‘executive talk’ bagi  membolehkan Presenter mengupas tajuk yang diberikan dengan lebih jelas dan mendalam terhadap isu – isu semasa dalam negara terutamanya yang melibatkan keselamatan dan ketenteraman terhadap negara dan rakyat serta mengenai undang – undang yang berhubung kait dengan Dasar Keselamatan Negara.

Tujuannya adalah untuk :

  • Menambah pengetahuan dengan lebih meluas berkaitan undang-undang dan dasar keselamatan Negara.
  • Mengeratkan hubungan antara pegawai dan kakitangan awam bersama pemimpin tertinggi Kerajaan Negeri Melaka.
  • Memberi gambaran sebenar peranan dan tugas antara penjawat awam dan ahli politik.

Dijemput semua untuk hadir dan sebarang pertanyaan lanjut, mengenai butiran                 program boleh menghubungi Institut Tun Perak di talian 06 317 4475.

Write a comment