Program Memperingati Tarikh Pengisytiharaan Kemerdekaan Negara

Institut Tun Perak bersama Arkib Negara Malaysia akan mengadakan Program Bual Bicara bagi memperingati Tarikh Pengisytiharaan Kemerdekaan iaitu pada tanggal 20 Februari 1956.  Berbagai peristiwa yang berlaku dan pelbagai usaha yang dilakukan oleh rakyat dan pemimpin untuk mendapat sebuah kemerdekaan dan kebebasan dalam mencorak pentadbiran berkerajaan sendiri Persekutuan Tanah Melayu. Program ini akan mengupas dan mengimbau semula bagaimana bermulanya semangat kebangkitan rakyat berbilang kaum dalam menyatakan sokongan dan bergandingan usaha bersama pemimpin untuk mengembalikan kemerdekaan pada rakyat dan juga Persekutuan Tanah Melayu.

Tarikh : 20 Februari 2019  (Rabu)

Masa  : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

Tempat : JKKN Negeri Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif ITP, Encik Zaipul Anwar Zainu telah di undang untuk mengelola bual bicara ini bersama 3 orang Panel yang mempunyai pengalaman tersendiri serta penyelidikan yang telah dilakukan akan dikongsi bersama – sama dengan para hadirin yang hadir berserta peristiwa – peristiwa menarik sepanjang persiapan negara menuju dan meraikan tarikh keramat bemula dari 20 Februari 1956 hingga 31 Ogos 1957.

Orang ramai di jemput untuk hadir sama  dalam program ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi urusetia ITP di talian 06 317 4475.

Write a comment