Tea Talk : Pembudayaan Inovasi Tingkat Produktiviti

Penciptaan nilai berganda hanya boleh berlaku sekiranya seseorang itu memecah tradisi dalam membuat sesuatu. Jika tidak, seseorang akan lebih menjurus membuat sesuatu pekerjaan secara lazim dan memperoleh hasil yang lebih kurang sama. Oleh itu, seminar ini diadakan adalah untuk menguraikan bagaimana untuk melakukannya?

Persoalan ini akan diterjemahkan oleh Prof. Ahmad Rahman yang akan berkongsi maklumat mengenai kerangka penciptaan nilai berganda ini bagi membolehkan setiap organisasi dan warganya untuk melihat sesuatu dari pelbagai pespektif berbeza justeru menghasilkan pemikiran diluar kotak. Dengan itu, segala pemasalahan yang wujud dapat diselesaikan secara kreatif. Akhirnya, organisasi dapat mengurangkan kos pengurusan ataupun peningkatan produktiviti dari sumber yang sedia ada.

Tarikh : 24 Januari 2019

Masa : 2.30 petang hingga 5.30 petang

Tempat : Restoran Asam Pedas (Ayer Keroh)

ITP menjemput Ketua Jabatan atau agensi untuk hadir bersama – sama dalam seminar ini.tidak ketinggalam jua orang ramai di pelawa untuk hadir dalam program pemecahan idea ke arah keberhasilan yang lebih optimum. Sebarang pertanyaan mengenai penyertaan, bole menghubungi urusetia ITP di talian 06 317 4475.

Write a comment